Halaman

Sinopsis

Tujuan saya membina blog ialah ingin menyampaikan ilmu pengetahuan bahasa melayu kepada murid serta mengkongsikan ilmu dengan rakan -rakan .Murid dapat belajar Bahasa Melaysia melalui blogger tanpa sebarang bayaran .Sementara itu, ingin mempertingkatakan kepintasan murid dalam melayarai internet.


Ahad, 29 Mei 2011

Kata hubung ( dan /atau)

Kata hubung ( dan / atau )
Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.kata hubung gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.
contoh:
atau, bahkan,dan ,lalu, manakala, kecuali, sambil ,serta.
click here

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata nama


Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.


Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

1.Benda
  Kata nama am: sekolah
  Kata nama khas :
  Sekolah Kebangsaan Sena








2. Manusia
Kata nama am: budak perempuan
Kata nama khas: Wong Ai Fei 



 
3.Binatang                                                                                                                                                                       
Kata nama am: kucing
Kata nama khas: Si Putih



4.Buah-buahan
Kata nama am: mangga
Kata nama khas: Harum Manis




5.Tempat
 
 Kata nama am: pantai
Kata nama khas: Pantai Cenang